Followers

Tuesday, 6 December 2011

~cinta itu tetap menjanjikan perpisahan.




Jatuh cinta pada seseorang kadang² membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri. Jatuh cinta juga memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah demi langkah dan kita mampu menghidupkan suasana kehidupan.

Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja. kadang² sekelip mata, kita sedari kita telah jatuh cinta. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya.



Untuk jatuh cinta pada seseorang,kadang² tidak memerlukan sebab yang logik. kadang² rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya. Membuatkan lena tidak kunjung tiba. Merimaskan diri merindui di kala malam. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri. Itulah cinta. Berat perasaannya.


Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?


Dan ada kalanya. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak. Jatuh cinta dan cinta berbalas. Terasa dunia kita yang punya. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar. Berbunga mekar menghiasi alam.


Hati kadang² terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan. Hati kadang² merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam.

Hakikat kita kadang² merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki.

Masing² mempunyai tafsiran mengenai jatuh cinta. Dan pengalaman kita tidak sama. kadang² ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan. kadang² terasa jauh untuk diharapkan. Namun cerita kita sama. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya.

Namun kadang² kita lupa. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari. Siapalah kita untuk menidakkan takdir-Nya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuan-Nya apabila jodoh itu bukan lagi realiti?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan,kamu dan dia bertemu dan atas limpahan kasih-Nya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.