Followers

Thursday, 22 December 2011

kawan ketawa senang di cari,kawan menangis?

Inilah realiti kehidupan yang sebenarnya.Dalam berjalan menongkah arus dunia yang semakin deras,memang ramai kenalan yang selalu bersama kita ketika kita ceria,tetapi adakah itu juga berlaku ketika kita berduka?

Sebenarnya,daripada situlah kita dapat menilai dan membezakan antara kawan dan lawan.Ada ‘kawan’ yang hanya tahu menjadi “gunting dalam lipatan”.Ada yang hipokrit.Ada pula yang suka mengambil kesempatan.Bayangkan betapa susahnya untuk kita mencari seorang kawan yang mampu kita percayai,yang boleh kita jadikan mainan dalam kesepian,yang boleh menjadi pengubat duka.
Justeru,mungkin dalam sekali hidup kita,Allah memberikan kita satu peluang yang amat bernilai,iaitu kita bertemu dengan kawan yang benar-benar kawan.Hargailah kawan yang telah dikurniakan kepada anda.Percayalah,bukan senang kita hendak mencari kawan yang mampu memahami kita.Kawan sejati tidak mampu dibeli oleh wang ringgit.Walau setinggi mana darjat,sekaya mana pun anda,anda tidak akan mampu menjadikan itu semua sebagai satu dampingan.
Bersahabatlah kerana Allah,dan berpisahlah kerana Allah.Permulaan bermaksud perkenalan,tetapi perpisahan tidak bermaksud pengakhiran.Jadikanlah teman anda sebagai rakan yang mampu memberi kita kesenangan di dunia,dan boleh jua memberi kebahagiaan di akhirat.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.