Followers

Sunday, 4 December 2011

~masalah roomate~


Kali ini nak bagi tips pada korang dan juga diri ini.
Selalunya, bila student life semestinya kita ada teman iaitu roomate.
Roomate adalah kawan sebilik dan insan yang paling dekat dengan kita. Sebab dialah insan yang sebilik dengan kita, yang kita tengok hari-hari. Celik mata je mesti orang yang first kita tengok mestilah roomate. Tapi kadang-kadang mungkin antara kita tidak puas hati dengan roomate kerana sebab-sebab tertentu. So, jom kita ikuti tips ini untuk bahagia bersama roomate sampai habis semester dan boleh continue next semester.

1. Jangan Buat Bising.
Kita kena tahu bahawa kita berkongsi bilik so kita kena alert la tentang tindakan kita. Sebagai warga IPTA atau IPTS seharusnya kita kena ada kewarasan untuk berfikir dengan rasional. Contohnya, kalau roomate tengah study tolong off radio, lagu, drama dan bunyi-bunyi bising yang boleh mengganggu beliau. Kalau rasa korang nak enjoy dengan lagu, drama, radio korang belilah headset, handfree, atau earphone. Sumbatlah dalam telingga korang, dengarlah sampai habis volume pun tak apa sebab korang yang dengar dan tidak mengganggu orang lain tapi mulut silent la. Begitu juga roomate tengah solat atau tidur. Please respect la!

2. Hormati Hak Peribadi.
Sebagai sorang roomate kenalah hormati hak peribadi roomatenya. Jangan kacau meja, katil, almari dan barang peribadi roomate macam handphone, laptop. Benda-benda itu sangat peribadi. Jangan kelebek semua benda roomate korang kot silap-silap makan penampar atau penumbuk berdas-das.

3. Jangan Ambil Barang Sesuka Hati.
Nama pun berkongsi bilik jadi bukan bermakna korang boleh kongsi segalanya hak roomate korang. Adik-beradik sendiri pun nak guna barang minta kebenaran dulu, bukan ambil je ni kan pulak roomate. So, nak pinjam apa sekali pun kenalah minta kebenaran. Bukan buat macam harta sendiri je kan. Istilah roomate berkongsi bilik sahaja bukan berkongsi segala-galanya. So kena faham. jangan sebab nak advantage sendiri take advantages pada orang lain.

4. Sayangi Roomate Anda.
Kalau hidup beroomate ni kena lah take cara roomate korang. Bukan bermakna jadi "busy body" tapi sekurang-kurangnya ada sifat tanggungjawab antara satu sama lain. Dah la kita hidup berjauhan dengan family maka kitalah orang paling dekat dengan roomate bertindak sebagai "penjaga" roomate kita. Kalau roomate korang sakit, janganlah biarkan dia. Ambil la berat sikit, jangan langsung tak ambil peduli seolah-olah terlalu kejam. Kita kena alert dengan roomate kita. Mungkin hari ini hari dia, entah-entah esok hari kita pula. Kenalah saling bertolak ansur.

6. Kena "Sensitif".
Sensitif di sini bukan korang perlu touching je sampai berbaldi-baldi nak menangis. Korang kena la alert dengan mood roomate korang. Time dia tension, moody janganlah tambahkan lagi beban dia. Kena saling memahami. So kena alert la ye. Kalau selfish duduklah dalam hutan jadi kera sumbang!

7.tak payah jaga tepi kain orang
rasanya semua orang ada masalahkan. sekurang2nya hormat la sikit.x payah nak sibuk sangat dengan hal peribadi orang lain la.tak payah cakap banyak la.jaga tepi kain sendiri je.. and jangan belagak bagus n mulut tu jaga jagn gampang(senang) sangat cakap perkara yang mnyakitkan hati orang lain.

Kalau korang rasa masih tak ada kesefahaman dengan roomate korang, pindahlah bilik lain agar perkara yang tidak diingini tidak terjadi. So hidup bermasyarakat kena saling hormat menghormati, barulah bahagia. Senag-senang duduk single room je. Suka hati koranglah nak buat apakan.








2 comments:

  1. betul... sumanya betul!

    tapi kalau roomate kita tu pula yg langgar hampir suma kat atas tu mcm mana? ha.. sila jawab?

    ReplyDelete
  2. @Nong Andy
    macm apa yang tertulis kat atas tu...jgn la pntngkan diri sendiri kan...biasa la kalau hidup bercampur ngan orang yang tak satu kepala ni..macm2 masalah. sabar je la..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.