Followers

Sunday, 18 December 2011

putus cinta!!!

Pada semua yang pernah menghadapi situasi putus cinta, mereka sememangnya akan menghadapi tekanan perasaan yang hebat… Ini hanya boleh diperakui oleh yang pernah merasai… jauh sekali untuk difahami oleh orang sekeliling yang tidak pernah kecewa… Mungkin pada mereka kita hanya terlalu mengikut perasaan… ingat… ANDA BELUM MERASA…
Di sini ingin saya kongsikan bersama ubat, resepi atau petua yang paling mujarab untuk menghadapi situasi “putus cinta” ini …Mungkin ada yang tidak boleh menelan sesuap nasi pun, mungkin juga simptom murung sepanjang hari kerana sentiasa terkenang ‘si dia’ yang telah pergi jauh dari sisinya…lebih-lebih lagi tanpa sebab yang munasabah… minda sering tertanya-tanya ‘kenapa semua ini berlaku’…. Hati menangis siapa yang tahu… di tengah malam yang sunyi.. airmata sentiasa mengalir.. dalam tidur pun nampak dia…
Segala kenangan yang dicipta bersama pasti menjelma, hati jadi tak tenteram, sedih..sedih yang teramat…marah juga datang…percayalah.. tak semudah yang disangka… mungkin beberepa bulan saja dapat diubati..mungkin juga beberapa tahun ia masih segar diingatan…
Segalanya akan berubah.. dari aspek kesihatan, kehidupan harian dan pendirian.. iya..mungkin berat badan menjadi susut, diri tidak dijaga rapi, pelajaran merosot, fokus pada pekerjaan juga terganggu… sejauhmanakah nak kita biarkan semua ini menguasai diri kita??.. terimalah kenyataan ini dengan penuh redha..Jangan disalahkan takdir dan ketentuan Ilahi…dan jangan persoalkan ketentuanNya…
Mengikut sumber pembacaan saya, terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Di mana mengikut Firman Allah dalam surah Ar-R’ad ayat 28; “Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Zikrullah adalah bermaksud mengingati Allah seperti membaca Al-Quran, iaitu menghayati maksud ayat-ayat tersebut. Selain daripada itu, kita juga boleh mengucapkan tahmid, tahlil, tasbih dan takbir. Ia boleh dilakukan secara lisan atau dalam hati keran iaa lebih ringkas…Sentiasalah juga berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.. mudah-mudahan kita sentiasa waras dan tenang… Alhamdulillah…

2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.