Followers

Saturday, 17 March 2012

putus cinta :( =P


 


Bila ada mula mesti ada akhir kan. Macam tu lah perhubungan percintaan. Bila dah couple. Mula-mula manis. Lepas tu gaduh-gaduh. Lepas tu bila dah hilang kesabaran salah seorang akan rasa penat dan minta perpisahan. Bila dah putus baru nak meraung menjerit menangis bagai. Baru sedar kalau bersabar awal-awal dari mula mesti tak kan putus. Masa tu baru nak menyesal tak berkesudahan.

Actually memang banyak sebab kan terjadinya satu perpisahan. Pihak ketiga. Tak bersefahaman. Salah faham dan macam-macam lagi. Tak kisah lah apa sebabnya pun. Jom atasinya! yea!^_^

Masa baru putus, sila lah menangis sepuas-puasnya kalau untuk perempuan lah. Nangis lah semahu yang mungkin. Macam tu akan lebih lega actually. Kalau laki nak sangat tunjuk macho tak nak nangis kan, pergi lepak dengan member tengok bola. Tengok sampai mengantuk. Balik rumah terus tidur. Tak teringat langsung kan bekas kekasih kau tu kan? haha

Masa ni paling genting sekali. Adda sarankan delete lah segala gambar bekas kekasih kau tu yang ada kat social network. Untag gambar yang penah bekas kekasih kau tu tag. Delete message berkasih-kasih sayang kat inbox tu. Buat apa simpan lagi kalau dah tak berkasih sayang kan?

Jangan sampai block/remove bekas kekasih kau tu dari social network. Nanti menyesal sebab mana tahu kemudian hari kau dengan dia dah boleh jadi kawan biasa. Tak ke segan nak add balik.haha

Walaupun dah putus, adda percaya kau tak kan dapat tahan diri dari stalking dia kat internet ni kan? Kat sini kau kena tahan nafsu kau tu sikit. Tahan diri dari stalking. BERHENTI STALK!! Makin stalk kau akan lebih merindui dia.

Kalau dah rindu sangat kat bekas kekasih kau tu, pergi buat aktiviti lain. Pergi marathon tengok wayang. Tapi jangan tengok wayang yang cintan-cintun(7petala cinta)hahha. Better tengok cerita hantu.haha.. Banyak lagi aktiviti yang berfaedah kau boleh buat selain stalking bekas kekasih kau tu 
Belajarlah terima kenyataan yang kau dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan cinta selain hubungan kawan. Kalau tak terima kenyataan itu how will you go on with your life? Think about it. Tak kan selamanya nak hidup di bawah bayang-bayang dia? Tak kan selamanya nak hidup dalam kenangan kau dengan dia? MOVE ON!
 
Buka buku kehidupan yang baru- kau juga perlu memandang sekiranya kau putus cinta dari sudut yang positif. Ini adalah merupakan peluang terbaik untuk kau menumpukan seratus peratus hanya pada diri kau sahaja. Cuba capai matlamat yang mungkin sebelum ini masih tidak tercapai atau cuba lakukan matlamat yang baru. Putus cinta bukan bermakna penghujung untuk kehidupan kau!!!
 Dekatkan diri dengan agama- Pegangan agama adalah merupakan jalan terbaik untuk seseorang menenangkan jiwa mereka. Ia juga dapat membantu kau untuk melakukan pertimbangan dengan lebih waras. Tetapi bukan kau perlu mendekatkan diri dengan agama apabila anda putus cinta sahaja, sebaiknya setiap kali kau bernafas. 
Jangan terus melayan perasaan- Ini adalah kesalahan yang paling sering dilakukan oleh seseorang yang sedang putus cinta. Suatu kesedihan harus dilawan walaupun ia amat sukar. Sekiranya kau membiarkan diri kau terus dipengaruhi dengan perasaan sedih, risiko untuk kau melakukan sesuatu kerja yang tidak masuk akal adalah amat tinggi. Sebagai contoh, ketika kau sedih, tidak perlu kau mendengar lagu-lagu sedih untuk terus melayan perasaan kau.


Ok. Ini lepas 4-5 bulan. Kau dengan bekas kekasih kau tu contact semula. Dan adda percaya kau dah boleh terima kenyataan yang bekas kekasih kau tu dah jadi kawan biasa kau semula. Menangi hatinya semula =)


Percayalah ada jodoh yang lebih baik untuk dirimu jika perpisahan terjadi :D. Kita akan bertemu dengan orang yang bukan jodoh kita berkali-kali sebelum ditemukan dengan jodoh kita sendiri. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.