ada kalanya aku
tertanya2 gak la,knp erk lelaki ni sering
cakap perempuan ni suka merajuk.~!!!?bagi aku la,perempuan ke lelaki
ke,dia tak kan merajok tanpa sebab...heyyy~!! kalau korang rase malas or tak
tau nak pujuk someone jangan la buat si dia merajok...adoiiii susah sangat ke
ha??ni adalah antara perkara yang sedikit sebanyak membuatkan perempuan
merajok..so pandai2lah korang yew~!!
1. MENINGGIKAN
SUARA
Tahulah korang
dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar
menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana korang mudah
meninggikan suara walaupun pasangan tidak bersalah.aku pelik gak la,susah
sangat ke,kalau ade masalah,atleast kite jumpe n bncang elok2..kan lbh
baik..hati pon x sakit.hubungan pon akan terselamat..apa la gunenye dok begadoh
je an..
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga
ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, korang sukar untuk setia.
Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasih
atau awek korang ar.snang cter an..
3. SUKA ‘CUCI
MATA’
Kebanyakan lelaki
sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi
mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih,i. Bagi
korang tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga
juga cik abang!!!adoiii braai la kalau dapat yang macam ni an..
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini
tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal,
sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun
kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal
sekecil itu. Tetapi, korang akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti
korang disoal siasat oleh kekasih korang… Macammana tu?kalau korang buat x pe
an,tapi ble awek korang yang buat,perhh kisah tu,seminggu x settle an..hurmmm
ape la…
5. EGO
Ini merupakan
masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak
dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan
untuk korang bertindak tanpa mempedulikan perasaan awek korang an... Keegoan
membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto(kononye) dalam kehidupan korang
termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah
kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang
ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah.
Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang korang mempunyai masalah
yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya korang enggan melaksanakan janji
korang sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo.
Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati
korang yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka
berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua perempuan akan menjauhi
korang .
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki
ini cepat perasan terutamanya jika korang ini berkerjaya baik, berpenampilan
menarik dan mempunyai rupe yang hensem. Boleh tu mengaku koranglah yang menjadi
lelaki idaman para wanita(wekk). Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita
korang ini sederhana sahaja tapi korang ini yang suka perasan lebih. Bukan
semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…
Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji(hahhah ni makan dia an….)…
8. MEMENTINGKAN
DIRI SENDIRI
Susah juga kalau
dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah
dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan awek korang
kan,…eeeeee~!!. Korang juga suka mendahulukan kemahuan korang dan jarang hendak
mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum
perempuan ni tak boleh diguna pakai.(belagak je lebih)
9. KURANG
MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala
suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa
jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas
pula melaksanakannya. Jika berkaitan awek korang, alamatnya… korang kurang
mengambil perhatian. Mengapa erk? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan
perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan
dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan
dimanjakan.~!!(sakit pulak hati ni an,kalau kite buat tak tau je,dia kate ape
plak an,kalau kite lebih2 nnt dia cakap kite menggedik plk..adoiii serbe x kne)
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu
tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang jew cemburu,
tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut
kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua
perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka
apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat
menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan
kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu
ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Korang tak
kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak
logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah
biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan
masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!hahhaha
12. KOMITED
TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat
teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Korang ni selalu sangat
memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu
pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun.
Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah
membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali kalau
tak sibuk sangat ngn kerjaye tu,x payah la ade awek…luangkan masa menemaninya
dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami
kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah
yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang perempuan(senang cter aku pon
TAK SUKA)apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu
dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri
tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima
walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak
sepak terajang carilah korang yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum
yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada?
Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena
pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah
cik abang oiii!!!heyy kalau belum ade ape2 ikatang da berani sembur anak dare
orang n x bole nak kawal dri,baik x payah nak terus kan hubungan tu,(bahaye
kot)…mmng la manusia ni x sempura ,tapi kita ada pilihan,dan pilihla yang
terbaik untuk hiup kita jugak kan…aku lagi suka lelaki yang bole dibawa
berbincang,..kalau ada masalah tu,cakap elok2 an..x payak tnggi2kan
suara..adoii..iye r perempuan ni nak baut isteri bukan hamba an,..so pandai2 pk
r..kalau ade masalah kecik cepat2 la settlekan,jangan DIAM je,takot lame2
berapi plak kat dalam tu,tnggu mase nak meletop je(ha time ni sume bnde nak
kuar an)braai la an…yang kecik jangan nak besar2kan,n yang besar tu jangan nak
heboh2kan…
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat
kaum lelaki yang melemaskan,merimaskan,dan sewaktu denganya perempuan. Asyik berasap sana sini, naik
lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak
rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak…
asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada
diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang
sebelah menyebelah. Kadang-kadang awek
menegur bukannya apa, dia sayangkan korang gak an dan tak mahu
korang jatuh sakit. Lagipun awek
korang tak nak korang membazirkan duit
dengan merokok.adoiii(TOLONG LA FAHAM…..)
15. PENGOTOR
Ada segelintir
lelaki sukar nak menyedari diri korang ni ada yang pengotor. Terutama bab
meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh
seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan
macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.
Tidakkah korang ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau??
Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat
menjawabnya.HEYY APE PON X BOLE….
16. GELOJOH
Kalau bab makan,
lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Korang lemas melihat teman wanita
korang makan terlalu sopan tetapi korang tidak sedar cara korang makan yang
gelojoh juga melemaskan kaum PEREMPUAN. Sepatutnya, samada lelaki mahupun
perempuan patutlah makan dengan
bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN
KAWAN-KAWAN
Ini adelah bende
yang paling aku benci,perhh panas seyyhhh …Sanggup membatalkan temujanji
semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan.
Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala
bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan.
Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan
sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan awek. Kalau dah
memilih awek sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri
anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak
eloklah berbuat demikian kan., nanti awek korang terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat
anda pula.:(
18. TIDAK TAHU
MEGHARGAI
Sukar untuk
bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan aweknye . Ada
pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Korang
seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai korang
ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya korang akan
berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap
anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti
memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia
cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai
yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya koranglah
yang bersalah. Bagi korang, putar belit ini tak mengapa asalkan awek
korang mempercayai alasan tersebut dan
korang akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya korang benar-benar
menyintai pasangan korang tu, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana
apa akibatnya sekiranya awek korang mengetahui juga tipu helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah
pada pasangan anda.(talam bermuke2)wekk~!!
20. SUKA KONTROL
MACHO
Peh! Nak dikatakan
macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu
lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya korang mahu
menampakkan yang diri korang lelaki sejati dan ada elemen HERO(wekk). Tak
perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat
penilaian terhadap korang. Sekiranya korang
rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah
semacho yang disangkakan, tak guna juga an…
Hurmm k la ini je
kot..tapi rase macam nak tambah la,tapi tak pe la..kalau korang dapat ubah bnde
nip on da cukup baik kot..*______*
biasalah tu.. manusia nie mcm mcm ragam dye.. ;)
ReplyDeleteSalam kenalan from shah.. entri yang menarik..shah singgah blogwalking sini..Rajin-2 singgah la blog shah ye.. :D
ReplyDeleteEntri Terbaru: 1. Pertandingan Blog HPM 2012 2. Metered Earnings Nuffnang Pertama Shahamri.com