Kata orang cemburu itu
tandanya sayang, tapi awas jangan terlalu cemburu.!!!lbih tpat CEMBURU BUTA…kepercayaan
amat pntng dalam sebuah percintaan,tapi jangan salah gunakan kepercayaan yang
telah diberikan~!!Sukar untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan
untuk melindungi hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar
mendatangkan masalah.silap2 kerana cemburu benda2 kecil ,perpisahan yang jadi
jalan penyelesaiannya!!!tak kan kerana cemburu kita sanggup memusnahkan
hubungan yang kian lama terbina..berfikir secara positif…apa yang penting kita
sedar status kita dengan pasangan…
Tetapi, awas! jangan
terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana
* Beremosi keterlaluan
Setiap minit dan jam,
si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya
anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang
dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
* Sering melemparkan
tuduhan
Si dia seringkali
melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang
kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama
rakan-rakan.
Sikap cemburunya yang
keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan
dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu
membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.
* Cuba mencari
kesalahan anda
Sikap cemburu
menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada
di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan
setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.
* Sanggup bunuh diri
Ucapan ‘bunuh diri’
sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri
sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila
anda memutuskan mahu meninggalkannya.
* Sentiasa ingin
bersama
Setiap masa, si dia
hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat
tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu
menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.!!!
* Anti sosial
Tidak dinafikan, anda
seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat
bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini
menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang
dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada
genggamannya.
* Wartawan dan polis
Sekiranya terdapat
tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang
anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa,
kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.
* Suka buruk sangka
Biarpun anda mempunyai
niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih
masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata
ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.
* Takut dipermainkan
Jangan terkejut apabila
si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti
sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada
hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.
* Pantang telefon
berdering
Setiap kali telefon
berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab
panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani
mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia
sewaktu bersama.
Sekiranya anda telah
berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat
mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan
hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan
penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.