Followers

Thursday, 30 August 2012

kenapa lelaki susah nak faham perempuan



Berdasarkan tajuk diatas...
Korang tahu tak kenapa asyik perempuan je yang nak kena faham lelaki??
kenapa lelaki susah nak faham perempuan??

kadang-kadang kan bila perempuan ada masalah,
lelaki selalu tak faham..

bila perempuan bagi alasan untuk sesuatu perkara,
lelaki suka salah faham dengan alasan tersebut..

kadang-kadang bila perempuan sedih,
lelaki suka mendesak untuk ceritakan masalah sebenar.

bila perempuan marah,
lelaki tak akan faham dan dia akan marah perempuan semula..

bila perempuan ikhlas dengan lelaki,
lelaki pula yang selalu curiga..

bila perempuan merajuk,
ada lelaki yang ego dan biarkan..
ada juga lelaki yang marah dengan alasan perempuan tersebut macam budak-budak..

bila perempuan diam,
ada lelaki fikir itu tandanya dia menipu..
ada juga lelaki yang curiga..

---------------------------------------------------------------

kenapa lelaki suka bersikap seperti ini??
kadang-kadang lelaki tak sedar yang perempuan selalu ingin menjaga hatinya...
lelaki suka bersikap kasar dengan perempuan..
walaupun sekeras mana pun perempuan tu,
perempuan tetap perempuan..
memang lumrah setiap perempuan berjiwa sensitif..
mereka tidak boleh dilayan seperti lelaki...

wajib!! di elakkan



1.Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau didepan kawan kawan korang, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan korang  dengan si dia.

2.Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga korang, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

3. Jangan ragu-ragu untuk berterus terang sekiranya kita telah melakukan apa-apa yang berkemungkinan akan melukakan hati si dia. Adalah lebih baik dia mengetahui daripada kita sendiri, dari dia mendengar dari orang lain.

4. Jangan terlalu mengonkongnya si dia akibat dari perasaan terlalu cemburu kita. Cemburu tak salah tapi jangan terover sudah.

5. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga korang boleh ditinggalkannya.

6. Jangan biarkan pergaduhan/perselisihan faham terjadi terlalu lama. Ini pastinya akan memberikan kesan yang negatif terhadap perhubungan.

7. Jangan diamalkan berbohong pada orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap korang.

8. Jangan ego dalam perhubungan, ini kerana hubungan yang baik kena ada "give and take".

perkara yang buat perempuan merajuk






        1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan (lelaki) dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan kita itu. 
Sama ada soal kecantikan,pakaian,persekitaran.seharusnya lelaki harus faham sifat perempuan yang suka akan kecantikan.



2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan kita

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.bukanya minx hadiah 1o or 20k pon,cukup la sekadar memperingati,just wish or bawa jalan2 
J J J ..sekurang2nya rase diri dihargai.. J J J 

4. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

5. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan teman wanita.

6. Suka memerintah dan tidak suka membantu. Suka mengkritik tetapi tidak mahu menolong.

7. Tidak suka membeli buah tangan pada kekasih .

8.tidak memberitahu kemana pergi,dengan siapa dan   sebagainya.walau pun nampak remeh tapi untuk menjaga hati dan perasaan pasangan lantas dapat mengelakkan salah faham antara satu sama lain.

9. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan garang dan tidak mesra.

10. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan pasangan diabaikan.


11. Tidak suka menemani teman wanita membeli belah kerana malas hendak melayan kerenah ,rimas, lemas, dan sebagainya..

12.AWAS!!!! tak pandai ambil hati bakal keluarga mentua..ha,orang kata ,kalau nak pikat anak dara orang kene ikat keluarga dia dulu..tak salah kan bawa buah tangan jika bertandang kerumah  ibu bapa pasangan(sejuk sikit mata memandang)