Nak cerita pasal kahwin lah dalam entry
ni.Boleh tak?Kalau sebut je pasal kahwin sure excited sangat kan.Sapelah yang
tak suka kahwin kan.kalau boleh nak kahwin cepat cepat je kan.Boleh je, nikah
gantung jalan penyelesaiannya.
Eh eh bukan Adda nak cerita pengalaman Adda nikah gantung.Adda
Nikah pun belum lagi so tak dapatlah nak share.Nak share topik ni sebab hari ni
dok check keyword nuffnang ada yang mencari pengalaman pasal nikah gantung
ni.masa bosan2 tadi search google.last2 dapat entry nie..,mcm best je..tu yang
share..adda pon blm kawen,so x tau nak citer camne an..so copy n paste je entry
ni .... J J J
Meh nak share sikit ni.
Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah)
sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah
dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua
belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga
diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi
majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis
kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti
iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak
ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh
ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri
seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan
tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu
tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul
tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan
tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan
berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan
ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah
jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak
haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri
yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan
itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung
tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah.
Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah
dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.