Followers

Sunday 22 January 2012

perasaan cinta dan rasa ingin memiliki itu berbeza!!!!


Hati siapa Yang Tidak Terluka Apabila Dalam Hubungan Dengan Orang Yang Kita Sayang Itu Berlaku Perpisahan. 
Tiada Siapa Yang Suka Hati Untuk Merelakan Perpisahan Itu Terjadi Tapi Andai Sudah Takdir Tuhan kita Tidak Mampu Menghalangnya Dari Terjadi.

bahagia bila dapat tengok orang yang kita sayang bahagia..walaupun kebahagiaan itu bukan bersama kita...mungkin ini yang terbaik,suratan takdir itu sangat indah...dugaan tuhan itu terlalu hebat,begitu juga dengan nikmatnya..tiada apa yang perlu disangsikan...mungkin pertemuan ini hanya untuk sementara,ianya hadir terlalu pantas hingga membuatkan aku terlupa bahawa cinta yang paling hakiki adalah milik ALLAH...mungkin tuhan ingin memberi peluang untukku merasakan kenikmatan hidup sendirian...terima kasih kerana pernah memberi aku ruang ini...rasa syukur ini tak pernah berhenti,aku tetap menjejak sisa2 kekuatan dalam diri ini...aku harap aku akan temuinya saat aku jatuh tersungkur bersendirian..
untuk apa terus bercinta jika ianya hanya untuk meninggalkan parut yang kekal serta mengalirkan darah yang tidak pernah berhenti mengalir...

sekuat mane pun seorang manusia itu inya tetap akan mengalirkan air mata jika kesedihan  itu sering membaluti hati  yang kian terluka...aku harus sedar bahawa perasaan cinta dan rasa ingin memilki itu sangat berbeza...
kita sering mengharapkan yang terbaik untuk kehidupan kita,tapi pernahkah kita sedar bahawa kita tidak pernah menghargai kebaikan itu...

sampai bila kita harus membuatakan mata dengan kebaikan itu..penyesalan itu  hanya akan hadir saat kita kehilanganya,dan saat itu baru kita sedar erti kasih sayang.....


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS
Jika diri tak seindah SULAIMAN

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM
Jika tak sekuat SARAH

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH
Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W.



1 comment:

  1. yeah..fikir sedalam2nya, apa yang kita mahukan itu juga ada pada diri sendiri..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.