Followers

Saturday 28 July 2012

cemburu bute ~!!!




Kata orang cemburu itu tandanya sayang, tapi awas jangan terlalu cemburu.!!!lbih tpat CEMBURU BUTA…kepercayaan amat pntng dalam sebuah percintaan,tapi jangan salah gunakan kepercayaan yang telah diberikan~!!Sukar untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan untuk melindungi hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar mendatangkan masalah.silap2 kerana cemburu benda2 kecil ,perpisahan yang jadi jalan penyelesaiannya!!!tak kan kerana cemburu kita sanggup memusnahkan hubungan yang kian lama terbina..berfikir secara positif…apa yang penting kita sedar status kita dengan pasangan…
Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana
* Beremosi keterlaluan
Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
* Sering melemparkan tuduhan
Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.
Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.
* Cuba mencari kesalahan anda
Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.
* Sanggup bunuh diri
Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.
* Sentiasa ingin bersama
Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.!!!
* Anti sosial
Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.
* Wartawan dan polis
Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.
* Suka buruk sangka
Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.
* Takut dipermainkan
Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.
* Pantang telefon berdering
Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.
Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan.

jangan mengongkong dalam cinta~!!


1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.

2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa  tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.

4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.


5. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).

6. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.

7. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.

8. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.

9. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.

10. JIka  Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.

11. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.

12. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.

13. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.

14. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.

15. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.

16. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.

17. Semua Orng Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.

18. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk.hati perempuan mudah tersentuh!!! Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.

19. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Degan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.

20. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.

21. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.

22. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.

23. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, bersiar2  dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.

24. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.



cincin !!!!!

hari nie rase penat  n happy sangat ..hampir seharian jalan2 kat melaka (JJ) ...thanks to mr langau coz sudi bawe saye jalan2 ke sane...sori la kalau bt kamu letih ,nak2 pulak bulan pose nie...ape ape pon terima kasih...mmng ingat x nak beli pape,tapi ape kan daye , last2 habis juga seratus lebih ..tapi ape yang menarik perhatian aku tadi ,mase jalan2....aku nampak sepasang bentuk "cincin couple " cantik sangat...dan tersangat la cantik...nak sangat..tapi ": (  ..... hurmmmm x pe la.... nanti2 la kot..










B.U.L.A.N. SYNG L.A.N.G.A.U.

Monday 23 July 2012

kejutan






#1 Peka dengan tarikh-tarikh penting
Kebiasannya si lelaki amatlah memandang remeh akan tarikh-tarikh penting ini berbanding wanita. Sila ‘set’kan tarikh-tarikh penting seperti hari jadi si dia dan ulangtahun perkenalan anda agar anda tidak melupakan hari-hari penting ini.

#2 Berikan kejutan untuk si dia
Sekali-sekala berikanlah kejutan kepada pasangan anda. Mungkin anda boleh tunjukkan skill memasak anda di dapur atau majlis hari jadi kecil-kecilan. Cukup untuk membuatkan si dia berasa bahagia dan terharu dengan sikap romantik yang anda cuba tunjukkan kepadanya.

#3 Selalu memberi pujian
Wanita suka dipuji. Sekeras mana pun hati wanita pasti akan cair lebih-lebih lagi jika anda memujinya.

#4 Berikan layanan istimewa
Tidak salah sekiranya anda memberikan layanan istimewa kepada si dia seperti membuka pintu kereta sewaktu menghantar si dia pulang.

#5 Pujuklah si dia ketika si dia merajuk
Si dia merajuk sebab hanya mahukan perhatian daripada anda. Oleh itu, cubalah pujuk ketika si dia merajuk. Gunakan nada yang lemah-lembut. Katakan bahawa anda memohon maaf jika anda ada melakukan kesalahan.

#6 Membawa si dia ke tempat-tempat yang disukai
Apa salahnya sebulan sekali bawa si dia ke tempat-tempat yang disukai  disamping dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Anda boleh membawa si dia ke candle light dinner ataupun bercuti di di pusat peranginan di dalam negara. Mungkin di Pulau Perhentian.  Ianya akan menjadi momen yang akan dikenang sampai bila-bila antara anda berdua.

#7 Kirimkan jambangan bunga kepada si dia
Wanita amat menyukai bunga. Apa kata anda pergi ke kedai bunga  dan belilah bunga kesukaan si dia dan kirimkan bunga itu ke pejabat  tanpa pengetahuannya. Pasti si dia akan berasa terharu dengan bunga yang anda berikan.
Dan rakan-rakan sepejabat si dia pastinya tidak habis-habis memuji sikap romantik anda. Mungkin ada di antara rakan sepejabatnya dengki dengan si dia sebab memiliki seseorang yang romantik seperti anda

#8 Pandang ke mata si dia setiap kali bercakap
Pandanglah tepat ke mata si dia setiap kali anda berbicara dengannya. Pandangan tepat anda pada mata si dia akan membuatkannya jatuh cinta kepada anda hari-hari.

#9 Berikan senyuman manis
Seperti lelaki, wanita juga mudah cair apabila melihat senyuman yang paling manis daripada anda. Cuba berikan senyuman yang manis . Pasti si dia tidak dapat melupakan senyuman anda itu.

#10 Memakai pakaian yang sedondon
Biasanya, kita akan lihat sesebuah keluarga itu berpakaian sedondong menjelang hari raya. Namun, idea ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tidak semestinya perlu memakai corak yang sama. Cukup jika memakai warna yang sama. Barulah orang pandang nampak sweet bila anda berdua berjalan bersama.

#11 Ucapkan sayang dan cinta kepada si dia
Si lelaki memang berat mulut untuk mengucapkan lafaz cinta dan rindu kepada wanita. Ini biasanya disebabkan ego mereka yang tinggi. Apa salahnya ucapkan kata-kata cinta dan rindu setiap hari kepada si dia. Kata-kata cinta anda dapat membuatkan hati si dia berbunga-bunga.

#12 Belikan hadiah untuk si dia setiap kali outstation
Jangan lupa untuk membeli hadiah kepada si dia setiap kali anda keluar outstation. Tidak perlu membeli hadiah yang mahal-mahal. Ini menunjukkan anda sentiasa mengingatinya walaupun anda sibuk dengan urusan kerja di luar.

#13 Panggillah si dia dengan nama yang manja dan lembut
Panggillah si dia dengan nama panggilan yang romantik – sayang, baby ataupun honey berbanding memanggil si dia menggunakan nama. Ini dapat membezakan bahawa si dia adalah orang yang amat penting dalam hidup anda.

#14 Kirimkan sms cinta kepada si dia
Ambil masa seketika dan kirimkan sms cinta kepada si dia.  Katakan anda amat menyintai dan menyayangi si dia sepenuh hati anda. Pasti si dia akan berasa terharu selepas membaca sms anda itu.
Dan jangan lupa sms si dia setiap kali sebelum tidur. Biarkan si dia tidur bersama-sama dengan ayat-ayat cinta dari anda.

#15 Tunjukkan bakat kesenian anda
Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada si dia. Atau mungkin anda berbakat dalam bidang muzik. Anda boleh bermain gitar sambil menyanyikan lagu tema percintaan anda berdua kepada si dia

#16 Sentiasa berikan perhatian kepada si dia
Jangan tidak hiraukan dia. Sentiasa beri sepenuh perhatian pada si dia terutama ketika anda bersama dengan rakan-rakan anda. Sebab kebiasannya, apabila anda melepak dengan rakan-rakan anda, si dia pasti akan terasa diri diabaikan.

#17 Jadilah penyokong setia di belakang
Sokonglah setiap idea dan cadangan si dia. Jika anda kurang bersetuju, mungkin anda boleh memberikan pendapat anda. Si dia pun mahu dengarkan pendapat anda. Bukannya kata-kata yang boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat si dia.

#18 Fahami dan peka dengan perasaan si dia
Sentiasa memahami dan sensitif dengan kehendak si dia. Elakkan daripada membuat lawak bodoh terutamanya ketika si dia sedang datang bulan. Silap-silap anda pun akan dimakinya.

#19 Jadilah pendengar yang baik dan setia
Ketika si dia mengalami masalah dan tekanan, ketika inilah si dia amat-amat memerlukan seseorang disampingnya terutama anda. Jadilah pendengar yang setia. Berikan solusi dan sokongan kepada si dia

#20 Jadilah seorang yang bersikap matang dan tenang
Kata wanita, lelaki yang sentiasa bersikap tenang dan matang dalam setiap perkara dan situasi adalah seorang lelaki yang romantik dalam perhubungan? Betulkah?
Memang tidak dinafikan. Jika anda bersikap sedimikian, si dia pasti berasa yakin dan selamat sewaktu berdamping dengan anda.