Followers

Thursday 29 December 2011

sahabat

Saat pertama kita bertemu
Aku tahu kau pasti akan jadi sahabatku
Seorang sahabat yang dapat memahamiku
Seorang sahabat yang dapat mengertiku
Terima kasih kau mau menjadi sahabatku
Akupun akan menjadi sahabat baikmu
Kita akan menjadi sahabat yang baik
Kau mengerti aku dan aku mengerti dirimu
Tapi… kenapa kau kini bersikap acuh
Kenapa kau merubah sikapmu padaku
Dan kenapa kau melupakan persahabatan kita
Apa mungkin kau membenciku…???
Sobat!!! Tolong jangan benci aku
Tolong jangan kecewakan aku
Kembalilah kau seperti dahulu
Dan maafkan jika aku bersalah padamu…

Saturday 24 December 2011

aku harap rohnya dicucuri rahmat

ya allah.aku tak tahu ape yang engkau sediakan disebalik kejadian ini...kenapa engkau ambil nyawanya sekarang???aku sedar bahawa setiap yang hidup pasti akan mati..tapi knapa sekarang???apa pun aku tetap manusia biasa,tak kan lari dari persaan sedih..aku harap roh mak tih dicucuri rahmat dan sentiasa berada bersama orang2 yang beriman..insyaallah..

Thursday 22 December 2011

kawan ketawa senang di cari,kawan menangis?

Inilah realiti kehidupan yang sebenarnya.Dalam berjalan menongkah arus dunia yang semakin deras,memang ramai kenalan yang selalu bersama kita ketika kita ceria,tetapi adakah itu juga berlaku ketika kita berduka?

Sebenarnya,daripada situlah kita dapat menilai dan membezakan antara kawan dan lawan.Ada ‘kawan’ yang hanya tahu menjadi “gunting dalam lipatan”.Ada yang hipokrit.Ada pula yang suka mengambil kesempatan.Bayangkan betapa susahnya untuk kita mencari seorang kawan yang mampu kita percayai,yang boleh kita jadikan mainan dalam kesepian,yang boleh menjadi pengubat duka.
Justeru,mungkin dalam sekali hidup kita,Allah memberikan kita satu peluang yang amat bernilai,iaitu kita bertemu dengan kawan yang benar-benar kawan.Hargailah kawan yang telah dikurniakan kepada anda.Percayalah,bukan senang kita hendak mencari kawan yang mampu memahami kita.Kawan sejati tidak mampu dibeli oleh wang ringgit.Walau setinggi mana darjat,sekaya mana pun anda,anda tidak akan mampu menjadikan itu semua sebagai satu dampingan.
Bersahabatlah kerana Allah,dan berpisahlah kerana Allah.Permulaan bermaksud perkenalan,tetapi perpisahan tidak bermaksud pengakhiran.Jadikanlah teman anda sebagai rakan yang mampu memberi kita kesenangan di dunia,dan boleh jua memberi kebahagiaan di akhirat.

Tuesday 20 December 2011

kata kata itu hanya palsu!!!!

Selalu kita bertanya pada hati kita, mengapa masih ada air mata ini mengalir walau tika kita melepaskan cinta itu berlari pergi dengan hati yang rela.. Dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu, dengan hati yang berat.. Menangisi keseorangan dalam dalam menjejak perginya wajah yang pernah membuatkan kita bahagia.. Sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu berlalu namun mengapa mesti ada lagi air mata yang mengalir tanpa ada belas?

Sunday 18 December 2011

putus cinta!!!

Pada semua yang pernah menghadapi situasi putus cinta, mereka sememangnya akan menghadapi tekanan perasaan yang hebat… Ini hanya boleh diperakui oleh yang pernah merasai… jauh sekali untuk difahami oleh orang sekeliling yang tidak pernah kecewa… Mungkin pada mereka kita hanya terlalu mengikut perasaan… ingat… ANDA BELUM MERASA…
Di sini ingin saya kongsikan bersama ubat, resepi atau petua yang paling mujarab untuk menghadapi situasi “putus cinta” ini …Mungkin ada yang tidak boleh menelan sesuap nasi pun, mungkin juga simptom murung sepanjang hari kerana sentiasa terkenang ‘si dia’ yang telah pergi jauh dari sisinya…lebih-lebih lagi tanpa sebab yang munasabah… minda sering tertanya-tanya ‘kenapa semua ini berlaku’…. Hati menangis siapa yang tahu… di tengah malam yang sunyi.. airmata sentiasa mengalir.. dalam tidur pun nampak dia…
Segala kenangan yang dicipta bersama pasti menjelma, hati jadi tak tenteram, sedih..sedih yang teramat…marah juga datang…percayalah.. tak semudah yang disangka… mungkin beberepa bulan saja dapat diubati..mungkin juga beberapa tahun ia masih segar diingatan…
Segalanya akan berubah.. dari aspek kesihatan, kehidupan harian dan pendirian.. iya..mungkin berat badan menjadi susut, diri tidak dijaga rapi, pelajaran merosot, fokus pada pekerjaan juga terganggu… sejauhmanakah nak kita biarkan semua ini menguasai diri kita??.. terimalah kenyataan ini dengan penuh redha..Jangan disalahkan takdir dan ketentuan Ilahi…dan jangan persoalkan ketentuanNya…
Mengikut sumber pembacaan saya, terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Di mana mengikut Firman Allah dalam surah Ar-R’ad ayat 28; “Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Zikrullah adalah bermaksud mengingati Allah seperti membaca Al-Quran, iaitu menghayati maksud ayat-ayat tersebut. Selain daripada itu, kita juga boleh mengucapkan tahmid, tahlil, tasbih dan takbir. Ia boleh dilakukan secara lisan atau dalam hati keran iaa lebih ringkas…Sentiasalah juga berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.. mudah-mudahan kita sentiasa waras dan tenang… Alhamdulillah…

~kesedihan terus melanda~

sedih....:(  dan  happy :)
mood ni bercampur baaur la....tak tau nak gambarkan macam mane.
ada kalanya aku rasa sedih sangat2 atas kehilangan dia,..kenapa bende ni harus terjadi pada aku?
tapi ada kalanya aku happy juga,coz aku dapat tengok dia bahagia walaupun  kebahagian dia 2 bukan dengan aku...mungkin itu adalah kebahagian untuk hidupnya bersama orang yang tersayang...semoga bahagia dan kekal hingga akhir hayat.,
aku tak pernah berhenti berharap agar aku dapat melupakannya satu hari nanti,dan aka harap akau akan temui kebahagia aku bersama orang yang tersayang...


terima kasih atas hadiah ini ya allah

ya tuhan.sesungguhnya tiada tempat yang selayaknya untuk aku mengadu,melainkan kamu ya alllah...seringkali aku tertanya mengapa engkau sering merampas semua kebahagian yang aku miliki??salahkah aku untuk merasakan nikmatnya bahagia atau aku sememangnya aku tidak layak untuk menikmati erti sebuah kebahagia di dunia ini...berdosakah aku jika setiap kebahagian itu menghampiriku..
aku jua tidak tahu apa jawapan yang sebenarnya,kerna semua yang tersirat telah  kuserahkan padamu ,ya allah...
kini aku sedar ,tiada apa yang lebih bahagia melainkan menyintai dan menyayangimu ya allah...
kini aku ingin mengumpulkan segala kudratku dan ingin aku kirimkan kepadamu sebagai tanda syukurku terhadapmu,kerana sering membekalkan langkahku dengan sebuah kekuatan dan ketabahan..tiada apa yang lebih beharga daripada satu ketabahan untuk terus berjalan di dunia yang penuh dengan dugaan dan halangan ini,ya allah...
mungkin inilah bahagia yang sering ku cari selama ini...

Friday 16 December 2011

ingatlah

bila kita rasa marah pada seseorang ingatlah akan kebaikan yang pernah dia lakukan untuk kita.dan bila kita rasa trlalu suka pada seseorang ingatlah bahawa dia tetap manusia biasa yang x pnh lari dari pada melakukan kesilapan...

~akal dan hati berbicara tentang CINTA~

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

~perempuan ,pohonsemalu?

Wahai Gadis Solehah…Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah…

~lelaki tak mampu hidup tanpa wanita~

hushhh takot gak buat P.B.M.S(PENGAKUAN BERANI MATI SEDUNIA)  ni..kang ada plak yang tak puas ati.huhuhuh.tapi tak pe la.kita layan dulu..jom same2 pikiaq...
1 : ingat lagi kisah Nabi Adam As.. walaupun Nabi Adam ni tinggal dalam syurga tetap rasa kesunyian... tengok semua haiwan-haiwan yang ada dalam tu  berteman.. masing-masing ada partner... lalu Allah jadikan Hawa ketika Nabi Adam As tidur...

2 : walaupun hidup berpuluh tahun dengan isteri terchenta tapi bila meninggalnya isteri terchenta tu tak smpai setahun dah kawin lain.. bini muda lak tu... hehe.. jelita lagi menawan tau... tapi orang perempuan kalau husband dia meninggal.. dia tak kan carik lain... kan???

3 : sebab Allah jadikan akhir zaman ni ramai perempuan berbanding lelaki... akhir zaman ni kan ramai orang lelaki suka kawin lebih dari 1.. wlaupun tak mampu zahir... tapi tetap mampu batin.... hik hik hik...  orang perempuan tak boleh... tapi kan ada juga kisah zaman sekarang ni yang femes gila isteri curang... agak-agak la kan kalau lelaki tu tak buat hal mesti isteri dia tak berpaling tadah.. ya la.. balik keja lewat.. balik umah nak marah-marah.. yang kes kat tempat keja pun bawak balik umah..
orang perempuan ni suka kan perhatian... tak perlu nak ulit dia 24 jam bukan macam orang lelaki... cuma dengar ja celoteh dia.. kan bess... walaupun penat aih.. haha... boring jemu semua ada...

4 : orang lelaki tak ble hidup sorang-sorang.. tak pandai urus diri katanya... tapi orang perempuan tak pa.. sebab tu la rmai yang terlajak tahun untuk kawin... ramai juga dah tak nak kawin bila dah divos or death pasangan mereka...


tapi fiqah penah dengar.. malah selalu.. hehe... kebanyakn perempuan yang dah meninggal suami ni mostly yang hidup lama bersama la tak mau kawin dah... alasan nya adalah - "senang hati hidup sorang ni tak gaduh dah nak pk masak apa hari ni.. nak makan telur kicap pun tak pa tak sapa nak bising... malam-malam ble tidoq dengan selena lena nya tak da orang nak gerak bangun suruh picit kaki lenguh..hehe.. nak p mana-mana pun senang.. tak gaduh mintak izin tak gaduh pkiaq ada orang kat rumah tu dok tunggu kita.. haha"..

~sifat lelaki sukar untuk difahami~

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah 
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
 

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan 
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata. 

3. Lelaki Suka Membisu 
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks 
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki 
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau. 

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain 
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik 
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. 
Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan 
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang …..”. 

10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah

Thursday 15 December 2011

aku tak pernah berhenti bedoa


✿~ buat yang pernah merasa SAKIT DILUKAI..
✿~ buat yang pernah merasa sakit DITINGGAL pergi..
✿~ buat yang masih BERDARAH lukanya..
✿~ buat yang masih sembab dan BENGKAK matanya..
✿~ buat yang masih MENANGIS hatinya..
✿~ buat yang masih belum mampu MELEPAS pergi..
✿~ buat yang masih TERMENUNG dan merenung, menanti dan bersendiri..
✿~ buat yang MERASA..
✿~ buat yang MENGALAMI..
✿~ dan buat yang MEMERHATI..

>>> JUJUR, rasa ini  banyak mengajar kita ..jujur, rasa ini yang membuat kita  SEDAR..cintamu mungkin perlu kamu SIMPAN, BUKAN untuk DITAJA kepada ramai, bukan untuk insan yang BERHATI SAKIT..BUKAN CINTA MURAHAN.. ianya hanya buat yang LAYAK, hanya buat yang BERHAK..✿✿✿

 betul kata orang,ade kalanya perkataan "menyesal" bukan pengubat bagi segala penyakit..entah kenapa hatini ,rasa macam rindu sangat2 pade dia...dia yang telah lama pergi..pergi jauh dari ku.apa yang pasti dia tak kan kembali.aku percaya pada takdir tuhan ..dan aku tak pernah lupa pada janji2 tuhan,dimana ALLAH tak pernah membiarkan hambanya menangis kesorangan..setiap yang datang pasti akan pergi.tapi adakalanya aku sering kalah untuk terus melangkah.aku jadi buta dalam setiap langkahku,walaupun aku pasti ALLAH sentiasa mengiringi langkah ku ini dengan sinar...ya allah kenapa aku terlalu lemah dengan ujian mu ini..sekuat mana pun aku bertahan aku tetap manusia biasa,...kenapa air mata ini tak pernah berhenti dari terus mengalir?kenapa aku di uji seberat ini..aku juga sedar aku tak berhak dan tak punya hak untuk bertanyakan soalan serupa itu..tapi  kenapahati ni da terkunci untuk menerima insan lain,selepas pemergianya..dulu bagiku,dia adalah satu2nya insan yang akan membawa kebagian dalam  setiap hari2ku.tapi aku silap,...silap menilainya..ya Allah,engkau lbh tahu akan segalanya...mungkin disaat itu aku terlalu leka dan lalai akan kebahagian yang enkau berikan sehingga aku terlupa kebahagian yang lebih besar hanya ada padaMu yaAllah. .mungkin  juakasih sayangMu pada dia lebih besar dari segalanya.,dan kerana itu juga .engakau mengambilnya kembali dari ku..

terima kasih ya Allah,terima kasih atas segalanya..walau apa pun yang aku lakukan sama ada baik atau buruk,kau tetap membekalkan aku dengan segenap kekuatan dan ketabahan untuk terus melangkah dan bernafas di dunia Mu ini ya Allah.aku sedar tidak layak bagiku untuk mempertikaikan segala apa yang telah tertulis untuk ku.setiap apa yang Engkau lakukan ,adalah yang terbaik untuk semua hamba2Mu.dan aku tak kan pernah behenti mahu pun jemu untuk terus bersujud padaMu ya Allah..
disini aku akan terus melangkah,dan mencari cahaya kebahagian yang telah Engkau janjikan itu..

Tuesday 13 December 2011

~hadiah untuk sidia~

jawap salam tu ye!!!

hai korang.anayway addah tak tahu nak post apa hari ni.so dok pikir2 tadi.tetibe je dapat idea.hihi..
ha korang pon mesti da dapat agak kan,dari tajuk kat atas tu sure2 korang tau kan???tak kan tak tahu kot...ok la malas nak cakap banyak,buang mase,jer...hihihi...
ok la berkenaan HADIAH...
wahhh addah nak bgi hadiah kat korang ke??atau addah dapat hadiah ni???hihi sapa la yang sudi nak bagi addah hadiah kan..tapi tak pe.addah tak kisah..hahahha..
Meh sini,mana la tau kalau2 korang masih tercari2 hadiah yang sesuai untuk addah,ehhh silap plak..untuk orang tersayang..hehehe TERperasan pulak..hihihi

HADIAH UNTUK GURL!!!
(SLALUNYA  HADIAH UNTK GURL NI X SUSAH MNE PON..COZ GURL NI X CEREWET SANGAT Y PNTING IKLAS)


  1. BUNGA-biasalah,perempuan mne yang tak suka bunga kan???bukannya mahal sangt pun kalau setakat sekuntum bungakan??..bukannya addah suruh korang beli taman bunga.buat apa banyak2 bunga bukan tahan lama pun ,paling lama pun 1 ke 2 hari je pastu layu.
  2. TEDDY BEAR-ramai juga gurl yang teddy bear ni antaranya gurl yang jenis manja2,sopan2 gedik2..ha untuk pengetahuan korang ramai gurl yang masih simpan teddy bear bekas kekasihnye.huhuhu awas
  3. Barang kemas-Kalau kau banyak duit, keluarkanlah duit sedikit untuk menggembirakan hati si dia sebab gurl sangat suka barang kemas terutama cincin, rantai dan gelang. Hadiah ini akan membuatkan mereka bangga dan menunjuk-nunjuk pada kawan mereka nanti.. percayalah~
  4. gadjet-belikan handphone, mp3 atau apa-apa saja alat elektronik. Barang-barang ni mahal biasanya dan laki agak kedekutkan.. jadi mp3 sesuai.. nak romantik? rekod suara korang menyanyi lagu untuk dia. (romantik ok)
  5. perfume-gurl sukakan bau wangi-wangian yang lembut. Hadiahkan perfume agak sesuai tapi! hati-hati jangan tersalah cakap semasa menghadiahkan perfume sebab takut si dia terasa hati bahawa dia busuk!* gurl cepat pikir mendalam tau sesuatu pemberian.
  6. coklat-coklat ni manis kan, gurl suka benda yang sweet.. dia akan makan coklat yang korang belikan dengan senyuman yang tak berhenti sebab coklat buat kita happy..hehhehe..
HADIAH UNTUK BOYZ!!!
ha..ni yang pening tahap ghaban ni.slalunya boyz ni,susah kita nak bace apa yang dia sukakan..xpe2 meh sini.jangan nangis sampai guling2 k..
  1. Jersi bola -anyway sekarangkan demam bola.jangan pulak korang tegedik2 cakap yang korang suka bagai nak gila ngn pemain bola depan bf korang.silap2 makan sepakkan free dari dia.hihihi just kidding.
  2. kasut futsal-ni bagi mereka yang suka bermain futsal la.nampak la jugak yang korang ni beri sokongankan...secara tak langsung boleh naikkan saham korang.hihih
  3. pemainan video-nampak macm kanak2 je kan...tapi realitinya,lelaki dengan video games mmg tak dapat dipisahkan.bak kata orang "hanya takdir yang memisahkan segalanya".hiihh
  4. alat muzik-ha??? untuk apa..ala korang macam tak tau kebanyakkan boyz ni,kan suka memekak tegah2 malam kat tepi2 tangga,tepi2 public fone ,haaa ada jugak yang lbh afdal tepi2 longkang(ambek mood kot).alolo jangan mara ye..apa kata korang belikan GITAR.mane tau dengan hadiah tu,diaorang boleh masuk uji bakat "vokal bukan sekadar rupa".hihihi
  5. t-shirt-selalunya boyz ni suka t-shirt yang agak simple,x payah labuci2 de.hihihi..aanyway kebanyakkan bozy slalunya minat baju warna hitam,putih n coklat(tak tau la kalau boyz korang minat baju warna kuning plak kan)hihihi
ha...siap!!!

i love u!! TAPI tak SEBULU!!!


Satu,
Lelaki kata,
Kami tak suka reply text laju-laju dan jawab call 24 jam. Kami nak main futsal. Kami nak main snuker. Kami nak tengok bola. Kami nak main dota. Jadi jangan kacau kami !
Perempuan jawab,
Ok takpa, kami boleh text dan call orang lain.
Dua,
Lelaki kata,
Kami tak suka sembang pasal warna baju kahwin atau bincang pasal nama anak.
Perempuan jawab,
Kami pun tak suka sembang pasal bola dan dota. 


Tiga,
Lelaki kata,
Kami tak suka ambik gambar belaga pipi lepas tu post dalam blog letak caption "cayeww dan cayang cayeww"
Perempuan jawab,
Kira bagus kami tak geli nak belaga pipi dengan pipi menggerutu hampa.
Empat,
Lelaki kata,
Kami tak suka tunggu perempuan belek muncung tudung dalam tandas.
Perempuan jawab,
Kami tukar pad laa...Lagipun kami takdak tempat kencing lekat kat dinding. Touch and go.


Lima, 
Lelaki kata,
Kami tak suka pujuk kamu-kamu yang merajuk. Ok, boleh la pujuk sekali sekala. Kalau dah selalu rasa nak boh penerajang.
Perempuan jawab,
Baik pujuk sementara tengah merajuk dengan sopan ni. Kang aku baring atas lantai guling-guling tengah orang ramai baru hang tau. haha (ini kisah benar)
Enam,
Lelaki kata,
Kami pun tak boleh post kat wall facebook I LOVE YOU, I MISS YOU sebab nanti kawan kami kutuk kami !
Perempuan jawab,
Kami selalu agung-agungkan hampa depan kawan-kawan kami :(

Monday 12 December 2011

jom cantik!!!!









Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-
  • Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.
Mencantikkan Rambut
  1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
    • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
    • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
    • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Hindari Rambut Gugur
  1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
Melebatkan Rambut
  1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.
Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.
Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
Mencantikkan Payu Dara
Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-
  1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
  2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.
Payu Dara Membengkak
Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.
Menegangkan Payu Dara
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-
  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
  • Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
  • Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
  • Lakukan selama tiga hari berturut-turut.
Mengempiskan Perut
  1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
  2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
    • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
    • Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
  3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
  5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
Kaki Bersisik
  1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
  2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
  3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.
Urat Timbul Di Kaki
  1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
  2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
  3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.
Tumit Kaki Pecah
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-
  1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
  2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
  3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
  4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
  5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
  6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
  7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.
Kematu di Tumit Kaki
  1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
  2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.
Cengkam Kuku Kaki
Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.
Ubat Sakit Kaki
  1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
  2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.
Merawat Kuku Kaki
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.
Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.

Sunday 11 December 2011

~lemahnya aku~

jangan lupa jawab salam tu dulu ye

hushh lemah+letih+lesu+ dan kawasan2 yang sewaktu dengannya..ermmm anyway tersangatlah lesu rase hari ni,ialah hampir setengah hari dirumah sakit...ermmm da lama x sakit..sekali sakit,perhhh mmg x boleh cakap apa la an..huhuuh stress sesangat la...ermm semalam result exam da keluar..sampai demam dibuatnya...niat hati nak dapat DEKAN tahun ni...tapi sayang x kesampaian..tu yang stress gile kentang tu...skang ni pun tak berape nak sihat sangat pon...mseh pening2 lalat gitu..harap2 b4 blk kolej da sihat la...insyaallah..anyway tetap bersyukurlah dengan result exam tu,walaupun x dapat capai matlamat DEKAN...harap2 semestr depan dapat buat yang lbh baik....insyaallah...korang sume doakan addah dapat keputusan cemerlang erkkkk sem depan....sayang korang sume ...muahhhh muahhh ...hhhhiihihih