Followers

Tuesday 29 May 2012

cinta matiku!!

setiap manusia pasti ade keinginan masing2 kan :) aku tak tau sejak bile aku minat bnde2 macam ni,...selain mengimpikan memiliki rumah dan kereta sendiri aku suka sangat @ terminat dengan bnde2 ni <3 <3 <3 ....tapi apa2 pon aku akan pastikan suatu hari nanti pasti aku akan miliki bnde ni!!pasti !!cinta yang tak mampu aku tolak jauh dari hatiku!!aku harap aku akan milikinya...insyaallah..hurmm malas nak cakp lbh2..tapi aku da terlebih mengharap nampaknya..hhahha..dan ape pon yang bakal terjadi aku x kan biarkan cintaku bertepuk sebelah tangan...!!sebab kau akan jadi milik aku juga,dan itu adalah pasti!! 



























Friday 4 May 2012

lelaki oh lelaki(tolong la)




ada kalanya aku tertanya2 gak la,knp erk lelaki ni sering  cakap perempuan ni suka merajuk.~!!!?bagi aku la,perempuan ke lelaki ke,dia tak kan merajok tanpa sebab...heyyy~!! kalau korang rase malas or tak tau nak pujuk someone jangan la buat si dia merajok...adoiiii susah sangat ke ha??ni adalah antara perkara yang sedikit sebanyak membuatkan perempuan merajok..so pandai2lah korang yew~!!

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah korang dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana korang mudah meninggikan suara walaupun pasangan tidak bersalah.aku pelik gak la,susah sangat ke,kalau ade masalah,atleast kite jumpe n bncang elok2..kan lbh baik..hati pon x sakit.hubungan pon akan terselamat..apa la gunenye dok begadoh je an..
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, korang sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasih atau awek korang ar.snang cter an..
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih,i. Bagi korang tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!!!adoiii braai la kalau dapat yang macam ni an..
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, korang akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti korang disoal siasat oleh kekasih korang… Macammana tu?kalau korang buat x pe an,tapi ble awek korang yang buat,perhh kisah tu,seminggu x settle an..hurmmm ape la…
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk korang bertindak tanpa mempedulikan perasaan awek korang an... Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto(kononye) dalam kehidupan korang termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang korang mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya korang enggan melaksanakan janji korang sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati korang yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua perempuan akan menjauhi korang .
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika korang ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai rupe yang hensem. Boleh tu mengaku koranglah yang menjadi lelaki idaman para wanita(wekk). Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita korang ini sederhana sahaja tapi korang ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji(hahhah ni makan dia an….)…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan awek korang kan,…eeeeee~!!. Korang juga suka mendahulukan kemahuan korang dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum perempuan ni tak boleh diguna pakai.(belagak je lebih)
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan awek korang, alamatnya… korang kurang mengambil perhatian. Mengapa erk? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.~!!(sakit pulak hati ni an,kalau kite buat tak tau je,dia kate ape plak an,kalau kite lebih2 nnt dia cakap kite menggedik plk..adoiii serbe x kne)
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang jew cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Korang tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!hahhaha
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Korang ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali kalau tak sibuk sangat ngn kerjaye tu,x payah la ade awek…luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang perempuan(senang cter aku pon TAK SUKA)apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah korang yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!heyy kalau belum ade ape2 ikatang da berani sembur anak dare orang n x bole nak kawal dri,baik x payah nak terus kan hubungan tu,(bahaye kot)…mmng la manusia ni x sempura ,tapi kita ada pilihan,dan pilihla yang terbaik untuk hiup kita jugak kan…aku lagi suka lelaki yang bole dibawa berbincang,..kalau ada masalah tu,cakap elok2 an..x payak tnggi2kan suara..adoii..iye r perempuan ni nak baut isteri bukan hamba an,..so pandai2 pk r..kalau ade masalah kecik cepat2 la settlekan,jangan DIAM je,takot lame2 berapi plak kat dalam tu,tnggu mase nak meletop je(ha time ni sume bnde nak kuar an)braai la an…yang kecik jangan nak besar2kan,n yang besar tu jangan nak heboh2kan…
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan,merimaskan,dan sewaktu denganya  perempuan. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang awek  menegur bukannya apa, dia sayangkan korang gak an dan tak mahu korang  jatuh sakit. Lagipun awek korang   tak nak korang membazirkan duit dengan merokok.adoiii(TOLONG LA FAHAM…..)
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri korang ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah korang ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.HEYY APE PON X BOLE….
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Korang lemas melihat teman wanita korang makan terlalu sopan tetapi korang tidak sedar cara korang makan yang gelojoh juga melemaskan kaum PEREMPUAN. Sepatutnya, samada lelaki mahupun perempuan  patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Ini adelah bende yang paling aku benci,perhh panas seyyhhh …Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan awek. Kalau dah memilih awek sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian kan., nanti awek korang  terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.:(
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan aweknye . Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Korang seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai korang ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya korang akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya koranglah yang bersalah. Bagi korang, putar belit ini tak mengapa asalkan awek korang  mempercayai alasan tersebut dan korang akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya korang benar-benar menyintai pasangan korang tu, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya awek korang mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.(talam bermuke2)wekk~!!
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya korang mahu menampakkan yang diri korang lelaki sejati dan ada elemen HERO(wekk). Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap korang. Sekiranya korang  rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga an…
Hurmm k la ini je kot..tapi rase macam nak tambah la,tapi tak pe la..kalau korang dapat ubah bnde nip on da cukup baik kot..*______*

kawen??!!

semlam last final exam...walau pon hari ni rase lega namun jauh disudut hati ni tetap rase  gementar menanti result exam..ya tuhan masih mampukah aku untuk teruskan perjalanan ini,...terlalu banyak dugaan dan halangan untuk mencapai satu matlamat ,namun aku tetap akan terus melangkah demi membawa satu harapan keluarga,iaitu membawa pulang sebuah kejayaan..."insyaallah"....
bila sampai je kat rumah rase happy sangat2....iye r da lame rasenye  x balik rumah...tengo gelagat adek2..huru ara rumahku...hahha...tapi happy sangat2..cume tah knpa malam tadi isu kawen jadi perbincangan hangat kat rumah ni...adoiii penat aku cube edit topik tu,tapi pusing2 isu tu ,tetap  jadi perbincangan hot..gelabah gile r time tu..macam2 dalam kepale otak aku ni dok pk..da tibe ke masenye??ohhhh tidak~!!!! aku nak study dulu,nak keje,nak kumpul  duit banyak2,nak ade rumah,kereta n macam2 lagi...banyak bende  yang aku belum capai dalam hidup ni..memang la..sume orang nak kawen ,tapi...aku rase , sekarang ni,belum masenye la...aku pon x bersedia nak pikul tanggungjawab lagi r..nanti2 la sume tu...aku nak enjoy dulu..bagi la aku peluang untuk capai matlamat aku dulu..BF pon x de lagi,tup2 nak kawen,owhh no~!!!aku tak nak,tolong la...bukan sekarang masenye...!!!
semua orang nak yang terbaik dalam hidup masing2kan..iye r soal kawen bukan boleh dibuat maen2..kawen ni bukan macam beli ikan kat pasar..lagi pun kawen ni buukan untuk sehari dua kan,bukan untuk sebulan dua dan bukan untuk setahun dua....kalau bole,kawen ni biar la sekali seumur hidup kan..aku harap aku dapat temui seorang lelaki yang boleh membimbing aku,seorang lelaki yang mampu mnjadi ketua dalam keluarga,seorang lelaki yang boleh bertolak ansur dan bole dibawa berbincang jika berlaku perselisihan faham..iye r ..sedangkan lidah lagi tergigit ni kan hidup berumah tangga,pasti ade salah faham antara satu sama lain...aku harap sangat dapat elakkan temui seorang lelaki yang panas baran,dan susah dibawa berbincang..ya tuhan aku tahu jodohku telah lama tertulis,antara aku dan dia....hanya mase yang menentukan..siapakah dia yang akan menjadi "suamiku"...
awal2 mak da wrning,kalau kau nak bawak menantu jmpe mak,pastikan dia sembahyang cukup 5 waktu,boleh bmbng ko.(.hhahha macam perli aku je..tapi insyaallah la..aku pon masih mencari ni..)....lagi mak cakp kalau bole jangan cari lelaki yang merokok..susah nanti..lagi pun itu yang aku harap2kan dari dulu...dan aku tak kan berhenti dari mencarinye..ya tuhan aku han ya mampu berdoa berserah padaMu..hanya engkau yang tahu ,siapa yang terbaik untukku..YA ALLAH ,aku tidak mencari seseorang yang sempurna,namun aku harap dengan penyatuan antara aku dan dia dapat menyempurnakan iman dan takwa kepada Mu yatuhan..insyaallah.. *_____*