Followers

Tuesday 4 March 2014

rahsia allah


Bissmillahirahmanirahim ... Alhamdulillah , itu perkataan yang keluar dari bibir tatkala ALLAH beri aku lagi ujian . Tapi kenapa ? Hahahahaha . Sebab aku tahu , ujian yang untuk kali nie , aku bole lalui dengan tenang besamaNYA di sisi aku :') . 

*Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?*
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu. Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..

Kita sering menyalahkan takdir. Kenapa kita harus kehilangan orang yang kita sayang? Kenapa kita tak boleh bersama dengan dia sedangkan kita sayang kan dia sangat?!

Lupakan semua persoalan itu dan cuba kembali berfikir dan bermuhasabah diri. Cuba tanyakan balik pada diri kita.
  • Kenapa Allah pisahkan kita dengan dia?
  • Kenapa Allah tidak satukan kita dengan dia?

Jangan asyik katakan mengapa dan kenapa. Tapi katakan lah, Aku yang terpilih!
Ketahuilah aturan Allah itu sangat sempurna. Lebih baik seandainya kita kehilangan cinta manusia yang kemudian nya kita kembali mengejar cinta Allah. Atau mungkin Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik bagi kita.


Jodoh, Allah memang dah tetapkan. Usalah macam mana pun, jodoh itu tetap Allah dah sediakan. Kahwin dengan siapa, bertahan atau tidak, dapat kahwin ke atau terus bujang trang tang tang, semua itu Allah dah susun.

Cinta itu adalah ibadah

Ya, cinta itu adalah ibadah sebenarnya. Kerana Allah SWT menyatakan bahawa kehidupan ini adalah ibadah. Cinta adalah sub kepada kehidupan kita. Maka cinta itu adalah ibadah, sekiranya cinta itu berdiri atas dua perkara:


  •  Jalan untuk bercinta, merupakan jalan yang Allah SWT redha.
  • . Bercinta itu ikhlas hanya kerana Allah SWT.

 *Kenapa ALLAH pisahkan kita*

Kenapa Allah pisahkan kita dengan orang yang kita cinta sepenuh hati? Sebab dia bukan jodoh terbaik untuk kita....Mungkin bagi kita dia yang terbaik tapi tidak pada Allah....Allah nak kita belajar kehilangan dan melepaskan walaupun kita tak mampu untuk hidup tanpa orang yang kita sayang....Kita rasa Allah kejam dan tak sayang pada kita tapi sebenarnya disebabkan kasih sayang Allah yang melimpah ruah pada kita lah Dia pisahkan kita dengan orang yang benar-benar kita cinta.....Mungkin sekarang kita tak tahu hikmah di sebalik perpisahan itu tapi suatu hari nanti kita akan mengerti kenapa perpisahan itu perlu terjadi....Allah nak uji kita sejauh mana kita menyayangi orang itu....Kadang-kadang Allah pisahkan kita kerana dia tak layak untuk bersama dengan kita....Setiap perkara yang diaturkan ada keajaiban tersendiri....Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita. Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji sebegitu. Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu,

terima kasih teman2ku..kerana sentiasa ada untuk aku..jaga aku saat aku sakit kerana dia,...tak henti2 beri sokongan untuk aku terus bangun dan melangkah dengan berani.semoga tuhan membalas jasamu sahabat..