Followers

Thursday 30 August 2012

wajib!! di elakkan



1.Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau didepan kawan kawan korang, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan korang  dengan si dia.

2.Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga korang, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

3. Jangan ragu-ragu untuk berterus terang sekiranya kita telah melakukan apa-apa yang berkemungkinan akan melukakan hati si dia. Adalah lebih baik dia mengetahui daripada kita sendiri, dari dia mendengar dari orang lain.

4. Jangan terlalu mengonkongnya si dia akibat dari perasaan terlalu cemburu kita. Cemburu tak salah tapi jangan terover sudah.

5. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga korang boleh ditinggalkannya.

6. Jangan biarkan pergaduhan/perselisihan faham terjadi terlalu lama. Ini pastinya akan memberikan kesan yang negatif terhadap perhubungan.

7. Jangan diamalkan berbohong pada orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap korang.

8. Jangan ego dalam perhubungan, ini kerana hubungan yang baik kena ada "give and take".

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.