Followers

Monday 23 July 2012

kejutan






#1 Peka dengan tarikh-tarikh penting
Kebiasannya si lelaki amatlah memandang remeh akan tarikh-tarikh penting ini berbanding wanita. Sila ‘set’kan tarikh-tarikh penting seperti hari jadi si dia dan ulangtahun perkenalan anda agar anda tidak melupakan hari-hari penting ini.

#2 Berikan kejutan untuk si dia
Sekali-sekala berikanlah kejutan kepada pasangan anda. Mungkin anda boleh tunjukkan skill memasak anda di dapur atau majlis hari jadi kecil-kecilan. Cukup untuk membuatkan si dia berasa bahagia dan terharu dengan sikap romantik yang anda cuba tunjukkan kepadanya.

#3 Selalu memberi pujian
Wanita suka dipuji. Sekeras mana pun hati wanita pasti akan cair lebih-lebih lagi jika anda memujinya.

#4 Berikan layanan istimewa
Tidak salah sekiranya anda memberikan layanan istimewa kepada si dia seperti membuka pintu kereta sewaktu menghantar si dia pulang.

#5 Pujuklah si dia ketika si dia merajuk
Si dia merajuk sebab hanya mahukan perhatian daripada anda. Oleh itu, cubalah pujuk ketika si dia merajuk. Gunakan nada yang lemah-lembut. Katakan bahawa anda memohon maaf jika anda ada melakukan kesalahan.

#6 Membawa si dia ke tempat-tempat yang disukai
Apa salahnya sebulan sekali bawa si dia ke tempat-tempat yang disukai  disamping dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Anda boleh membawa si dia ke candle light dinner ataupun bercuti di di pusat peranginan di dalam negara. Mungkin di Pulau Perhentian.  Ianya akan menjadi momen yang akan dikenang sampai bila-bila antara anda berdua.

#7 Kirimkan jambangan bunga kepada si dia
Wanita amat menyukai bunga. Apa kata anda pergi ke kedai bunga  dan belilah bunga kesukaan si dia dan kirimkan bunga itu ke pejabat  tanpa pengetahuannya. Pasti si dia akan berasa terharu dengan bunga yang anda berikan.
Dan rakan-rakan sepejabat si dia pastinya tidak habis-habis memuji sikap romantik anda. Mungkin ada di antara rakan sepejabatnya dengki dengan si dia sebab memiliki seseorang yang romantik seperti anda

#8 Pandang ke mata si dia setiap kali bercakap
Pandanglah tepat ke mata si dia setiap kali anda berbicara dengannya. Pandangan tepat anda pada mata si dia akan membuatkannya jatuh cinta kepada anda hari-hari.

#9 Berikan senyuman manis
Seperti lelaki, wanita juga mudah cair apabila melihat senyuman yang paling manis daripada anda. Cuba berikan senyuman yang manis . Pasti si dia tidak dapat melupakan senyuman anda itu.

#10 Memakai pakaian yang sedondon
Biasanya, kita akan lihat sesebuah keluarga itu berpakaian sedondong menjelang hari raya. Namun, idea ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tidak semestinya perlu memakai corak yang sama. Cukup jika memakai warna yang sama. Barulah orang pandang nampak sweet bila anda berdua berjalan bersama.

#11 Ucapkan sayang dan cinta kepada si dia
Si lelaki memang berat mulut untuk mengucapkan lafaz cinta dan rindu kepada wanita. Ini biasanya disebabkan ego mereka yang tinggi. Apa salahnya ucapkan kata-kata cinta dan rindu setiap hari kepada si dia. Kata-kata cinta anda dapat membuatkan hati si dia berbunga-bunga.

#12 Belikan hadiah untuk si dia setiap kali outstation
Jangan lupa untuk membeli hadiah kepada si dia setiap kali anda keluar outstation. Tidak perlu membeli hadiah yang mahal-mahal. Ini menunjukkan anda sentiasa mengingatinya walaupun anda sibuk dengan urusan kerja di luar.

#13 Panggillah si dia dengan nama yang manja dan lembut
Panggillah si dia dengan nama panggilan yang romantik – sayang, baby ataupun honey berbanding memanggil si dia menggunakan nama. Ini dapat membezakan bahawa si dia adalah orang yang amat penting dalam hidup anda.

#14 Kirimkan sms cinta kepada si dia
Ambil masa seketika dan kirimkan sms cinta kepada si dia.  Katakan anda amat menyintai dan menyayangi si dia sepenuh hati anda. Pasti si dia akan berasa terharu selepas membaca sms anda itu.
Dan jangan lupa sms si dia setiap kali sebelum tidur. Biarkan si dia tidur bersama-sama dengan ayat-ayat cinta dari anda.

#15 Tunjukkan bakat kesenian anda
Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada si dia. Atau mungkin anda berbakat dalam bidang muzik. Anda boleh bermain gitar sambil menyanyikan lagu tema percintaan anda berdua kepada si dia

#16 Sentiasa berikan perhatian kepada si dia
Jangan tidak hiraukan dia. Sentiasa beri sepenuh perhatian pada si dia terutama ketika anda bersama dengan rakan-rakan anda. Sebab kebiasannya, apabila anda melepak dengan rakan-rakan anda, si dia pasti akan terasa diri diabaikan.

#17 Jadilah penyokong setia di belakang
Sokonglah setiap idea dan cadangan si dia. Jika anda kurang bersetuju, mungkin anda boleh memberikan pendapat anda. Si dia pun mahu dengarkan pendapat anda. Bukannya kata-kata yang boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat si dia.

#18 Fahami dan peka dengan perasaan si dia
Sentiasa memahami dan sensitif dengan kehendak si dia. Elakkan daripada membuat lawak bodoh terutamanya ketika si dia sedang datang bulan. Silap-silap anda pun akan dimakinya.

#19 Jadilah pendengar yang baik dan setia
Ketika si dia mengalami masalah dan tekanan, ketika inilah si dia amat-amat memerlukan seseorang disampingnya terutama anda. Jadilah pendengar yang setia. Berikan solusi dan sokongan kepada si dia

#20 Jadilah seorang yang bersikap matang dan tenang
Kata wanita, lelaki yang sentiasa bersikap tenang dan matang dalam setiap perkara dan situasi adalah seorang lelaki yang romantik dalam perhubungan? Betulkah?
Memang tidak dinafikan. Jika anda bersikap sedimikian, si dia pasti berasa yakin dan selamat sewaktu berdamping dengan anda.

4 comments:

  1. Salam Addah :D

    maaf lama x ke sini...

    yg paling penting lagu bestttttttt!

    nak lepak sini jap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. adda pon da lame x dapat nak update blog...bz sangta..pape thanks kak,lepak sini .......

      Delete
  2. sekali lagi..

    suka lagu ni :D

    * sehebatmanapun kekasih kamu.. jika dia belum menjadi suami.. maka semuanya masih tidak ada erti.. maka carilah yang ingin menjadikan mu isteri.. dan ketika itu kekasih halal untuk selamanya insyallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cakap akak.....selagi kita mnjadi yang sah untuknya,x ada erti apa2 makna untuk sebuah cinta....

      Delete

Note: only a member of this blog may post a comment.